Skip to main content

Balik lah Abang.

Assalammualaikum

Abangg,
Aku nangis sekarang abang.
Tadi aku jumpa along dengan syid.
Nak keluar makan.
Aku excited gila,
Sebab aku lapar.
Lepas tu.
Along datang datang tanya bila operate.
Aku terkedu la.
Aku tak bagi tahu siapa siapa
Aku diam je la.
sampai laa gi makan.
Gi umah member, aku diam je.
Bila dorang tanya aku tak tahu nak jawab apa abang.
Aku hanya mampu nangis dalam hati depan dorang.
Lepas dorang pergi,
Aku tak tahu kenapa aku masih nangis.
Banyak benda abang,
banyak benda aku nak cakap.
Tapi.
Aku tak mampu nak cakap.
Aku hargai dorang semua care pasal aku.
Tapiiii.
Aku nak dorang tahu apa aku rasa.
Apa ada dalam hati aku.
apa ada dalam otak aku.
aku tak mampu abang.
aku takut.
aku takut sangat.
kau faham kan abang.

Setiap kali nak buat benda benda macam ni aku ambik masa nak decide
sebab apa?
Sebab aku takut.
Aku takut, aku fikir macam2.
Siapa nak jaga aku.
Klau buat tu, aku dah balik rumah, mcm mane?
Aku sorang abang.
Aku takde akak, aku takde abang aku takde makayah yang boleh jaga masa aku sakit
Aku  tak de semua tu.
Ye aku ade diorang.
Aku ade along, aku ade syid, aku ade ajam sebagai abang aku.
Tapi. Dorang takkan jaga aku.
Angkat aku, papah aku kebilik air.
Masak makan aku.
Dorang takkan boleh buat.
Sebab tu aku pikir dlu nak buat ke tak.
Dlu aku buat benda ni dekat kpj.
5 hari aku kat hospital masa tu.
Semua nurse yang tlg.
Even aku nak duduk pun nurse yang tlg.
Tapi kali ni buat kat bainun.
Aku x warded.
Aku kena pergi radiotrapi lagii..
Macam mane aku nak bawak moto pergi hospital?
Macam mane aku nak siap untuk gi hospital?
Macam mane abang??????
Aku fikir macam macam.
Aku tahu.
Lepas buat benda tu.
Aku akan baring jeee..
Baring setiap masa.
Aku dah rasa tu abang...
Aku tak kuat nak hadap benda ni sorang2 abang.

Kau balik lah abang.
jaga aku.
Aku sakit.
Kau darah daging aku abang.
kau jee yang boleh buat semua tu dekat aku.
Serapat mana aku dengan dorang.
Sesayang mane aku dengan dorang.
Aku tahu, aku dah terlantar, diorang takde.
Sebab apa?
Masing masing ade life diorang.
Kau faham kan maksud aku abang.

Along
Bukan aku tak fikir setiap apa yang kamu cakap,
Bukan aku sengaja berlagak kuat mcm aku tak sakit.
Tapi,
Aku kena berlagak kuat.
Aku kena kuat..
Aku kena set kat otak aku, aku kuat.
Even aku tahu keadaan aku teruk.
Aku kena berlagakkkk mcm tu sebab aku tahu.
Sebab aku kena ingat aku tak ada siapa.
Apa pun jadi, aku sorang2.
sebab tu semampu aku aku lawan semua tu.
Ye. Aku seperti orang bodoh yang tak sedar diri aku sakit.
Sakit nak mati.
Dan ye.
Pahala aku tak cukup untuk aku giveup lagi.
Tapi.
Tu la sebab kenapa aku tak nak buat along.
Aku fikir macam2.
Mungkin kau nampak aku tak heran langsung pasal sakit aku.
Mungkin kau nampak aku tak ambik perduli langsung pasal benda ni.
Aku takkan fikir benda ni semua depan kamu,
depan syid, depan kawan2 aku.
Sebab apa?
Sebab dengan korang je masa aku nak happy.
Aku harap kamu faham.
Dan ye. aku akan buat benda tu.
Tapi.
Kalau aku senyap lepas tu.
Aku minta maaf.

Salam


Comments

Popular posts from this blog

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.