Skip to main content

Kenangan Lalu

Assalammualaikum

Musik dari jiwa
Lagu dari hati
Cerita sepurnama
Canda dan menangis

Belum ku selami
Caturan terjadi
Lelah dipukul badai
Apa mungkin terlerai?

Soalan tersendu
Balas hampa bisu
Tuhan, tunjuk sesuatu
Apa dia yang satu itu?

Tunjukkan aku
Tunjukkan aku

Apa bisa ku cinta
Kamu seperti mana
Aku dicinta kamu?
Aku dijaga kamu?
Atau kamu terlalu
Indah buat diriku?
Beda dari diriku?
Aku pun tak menahu

Tuhan, tunjukkan aku


Ingat lagu tu?
Mungkin siapa yang pernah ikot blog ni since aku sekolah
Mungkin pernah ingt, lagu ni pernah aku jadikan background musik aku.
Satu kenangan.
Entah kenapa lagu ni wujud balik dalam hidup aku.
Awalnya Didi bagi aku dgr, aku ignore je.
Buat mcm tak pernah dengar.
Dan malam ni, Mursyid pulak nyanyi lagu ni.
Aku rindu.
Rindu sangat aku yang dulu.
Mase Mursyid bukak kat youtube, aku terdiam.
Teringat semua benda.
Teringat kenangan lalu.
Jujur aku terlalu rindu.

Esok mereka akan dtg Ipoh,
Dan aku harp kali ni aku dpat lepak and bg masa sepenuh nya pada mereka.
Takut untuk ketemu.
Takut berasa janggal lagi.
Lagi dan lagi.
Tapi kata pada diri, takpe. kejap je semua tu.


Dan skng nii aku tgh dengar berulang ulang lagu tu tadi.
Aku nak gitar, aku nak ada tepi pantai skang pls,
Nak ingat semua benda.
Semua benda pahit manis dalam kenangan lalu.
Rindu sangat.
Nak dongak ke langit, dan katakan aku rindu semua.
Nak kata pada angin, sampaikan rindu ni.
Nak biarkan ombak, terus disitu mendengar semua benda yang aku
ingin katakan.
Semua.
Jika diberi peluang, aku takkan biar sorang pun pergi dari hidup aku.
Sebab aku sakit mengingati semua kenangan lalu.
Kenangan kita, kenangan kami.
Gelak tawa bersama,
Nangis meraung bersama..
Aku nak kalian tahu, sikit aku takpernah mencuba melupakan kalian.
Malah setiap detik kita bersama, aku masih ingat.
Dan aku akan lupa apabila memori otak aku ni rosak suatu hari nanti.
Dan tika itu yang berlaku suatu hari nanti, tlg dtg kembali.
Datang beri aku ingat siapa kalian semua.
Aku mohon.

Salam.

Comments

Popular posts from this blog

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.