Skip to main content

Bakal kembali terlantar

Assalammualaikum.

Jujur sekang aku tak sekuat seperti hari hari sebelum ni
Sakit yang hanya Tuhan saja tahu kenapa.
Dan aku kata pada diri, mohon bertahan untuk dua minggu.
Dan skang aku terfikir,
apa akan jadi pada aku dua minggu akan dtg?
Apa akan jadi pada aku lepas
semua kenalan aku disini pulang ke pangkuan keluarga.
Apa jadi?
Hahaah aku sendiri tiada jawapan.
Dan aku sendiri taknampak apa apa lagi untuk diri aku ni
Yang aku pasti,lepas dua minggu,
lepas setel semua assignment
aku akan kembali terlantar.
Aku kan kembali tewas, terduduk jatuh.
Dan mungkin jatuh semahunya.
Dan yang pastinya kejatuhan aku kali ni tiada siapa yang
bakal sudi mengulurkan tangan.
Tiada.
Itu aku sangat pasti.
Dan aku mula terfikir,
saat terlantar nanti, siapa bakal ada?
siapa bakal menemani?
siapa bakal melawat?
Siapa?
Jujur sekarang aku tidak punya siapa.
Aku hanya punya Along dan mungkin Mursyid.
Entah kenapa kebelakangan ini aku mengangggap Mursyid
seperti Along.
Hanya Mursyid yang sering melihat aku tika sakit.
Dia sendiri melihat bagaimana sukarnya aku untuk bernafas.
Dia sendiri melihat bagaimana aku menahan sakit.
Dia sendiri hampir melihat airmata ini gugur saat menahan kesakitan.
Hanya dia.
Dia seperti Along.
Dan aku mula menganggap dia sama seperti aku menganggap Along.
Thankz Mursyid bantu aku saat aku sakit.

Orang sekeliling aku mula menyebut tentang cuti sem.
Tentang Ramadhan, dan tentang Raya.
Dan sekali lagi aku memikirkan tentang diri sendiri.
Bagaimana aku?
Haha
Aku sendiri tak punya jawapan.
Dan aku akan terus biarkan masa berlalu,dan aku hanya mengikut.
Mogo masa itu melalui jalan yang mampu aku harungi.
Insya Allah.

Abang, doakan aku kuat untuk dua minggu ni.
Kau tahu kan keadaan aku mcm mana skang?
Semampunya aku mencuba untuk tersenyum dihadapan semua orang.
Semampunya aku cuba abang.
Aku cuba.
Dan tolong doakan aku terus kuat untuk tersnyum.
Okey.
Al-fatihah buat mu Syam.

Comments

Popular posts from this blog

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.