Skip to main content

Posts

BUNTU

 Pertemuan yang tak siapa menduga. Kau datang ketika aku buntu dengan dunia Kau datang waktu aku hilang segala-galanya. Kau isi semua dalam hati aku, 2 tahun kau ada dengan segala rasa Sampai satu ketika, Allah uji kau dengan dunia yang baru. Aku ada mendamping memberi semangat baru. Aku angkat, aku papah segala rasa dan semangat yang kau biar jatuh dan tak pernah ambil tahu. Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiba satu masa aku melapor diri. Allah beri aku rasa selesa. Allah beri aku rasa bahagia. Allah pinjamkan segala-galanya. Aku tidak terus mendongak, Malah aku patah kembali mencari kau yang masih mencongak. Aku bawa kau bersama berdiri,  Aku pimpin kau naik sekali. Sampai masa, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tiba hari itu, Allah ambil kembali orang penting aku. Aku cari kau, hilang. Aku menangis, aku cari kau, hilang. Aku mengeluh, aku tetap cari kau, hilang. Aku buntu. Kemana? Tiba ketika, Aku bertanya. Malang. Kau pura-pura tiada apa. Hin...

Selamat Berehat

 Ku hampiri jalan yang kita lewati Setiap hari kita disini Ku menanti hadirmu untuk kembali Hanya kenangan yang tersisa disini Namun skarang kau tlah pergi Dan ku yakini kau takkan kembali --------------------------------------------------------------------------------- Kau bukan ada ikatan dengan aku Kau, bukan darah daging aku Tapi, kau pernah menjadi kenangan dalam hidup ku Terima kasih atas segala nasihat, teguran dan ajaran Terima kasih pernah yakinkan aku tentang hidup ini punya matlamat. Iaitu mati. Ye, matlamat hidup adalah mati. Selamat berehat.

LEKA

Manusia takkan pernah puas Biar apa keinginan, walau besar mana dah digapai. Tetap, Tidak puas. Kau lupa matlamat hidup sebenarnya. Bukan untuk kaya, bukan untuk bergaya. Tapi untuk hidup yang selamanya.

MANUSIA KUAT

 Kau bisa patahkan kaki ku Tapi tidak mimpiku Kau bisa lumpuh kan tangan ku  tapi tidak mimpi2 ku Kau bisa merebut senyum ku Tapi sungguh tak akan lama Kau bisa merobek hati ku tapi aku tahu ubatnya Manusia2 kuat itu kita Jiwa2 yang kuat itu kita Kau bisa hitamkan putih ku Kau tak gelapkan apa pun Kau bisa runtuhkan jalan ku kan ku temukan jalan yang lain Bila bukan kehendakNya Tidak satu pun culasmu akan bawa bahaya

PELANGI

Seperti langit, Kadang kala gelap dan kadang kala terang. Ada masa, ribut taufan datang menyerang. Begitulah kehidupan. Yang pasti akan ada yang lebih menyinar selepas dalam kegelapan. Hakikatnya,  Selepas 2-3 tahun duduk dalam gelap segelap-gelapnya. Kini diri asyik dengan kehidupan penuh warna warni dari-Nya. Seperti pelangi yang tiada cacat cela. Tapi ingat, Jangan bangga diri. Takut nanti makan diri sendiri.

Darah Dagingku

Duduk dalam dingin malam yang penuh dengan suara dan kata2 rindu  Diam. Itu sahaja yang termampu. Berusaha, melupakan semua. Walau sakit diam memakan diri selamanya. Menangis, merintih di depan pintu Menunggu dosa untuk berlalu. Tapi.  Pilu. Dunia akhirat kau darah dagingku.

DUNIA MENANGIS

Dunia sedang menangis Hari berganti dengan kematian Ditambah dengan manusia yang penuh sifat pentingkan diri sendiri. Ye. Dunia sedang menangis. Setahun berlalu, dia masih menangis Dulu. Tangis hampir terhenti Tapi diduga lagi dengan sifat manusia pentingkan diri Sampai bila? Siapa mangsa? Manusia juga. Hakikatnya sama Manusia menikam manusia. Yang jadi mangsa,  dunia. Siapa punca? Manusia. Sampai bila? Tanya pada DIA. DIA menegur untuk bukak mata tapi masih ramai yang pekakkan telinga butakan mata. Jangan pernah lupa atau putus minta pada DIA DIA punya penawar segala DIA tentukan segala DIA yang lebih berkuasa MOGA DUNIA KEMBALI CERIA, MALAYSIA KEMBALI BERTENAGA.

AQDAMSYR

Kadang, Manusia lebih memilih untuk berdoa di satu tempat yang lebih lapang, Sunyi tanpa ada bayang-bayang. Duduk. Diam.  Sambil mata terpejam. Dengan harapan, Angin membawa segala keinginan kepada Tuhan. Terdetik dihati, Mencari diri sendiri Yang hanyut dibawa pergi oleh insan pertama yang ada dihati. Bukan teman lelaki, Bukan sahabat sejati. Tapi dia yang menjaga diri ini. Bermati demi menjaga hati. Alfatihah buat bonda ku, Siti Mariam Binti Jaharah

Tamat

Assalammualaikum. Aku masuk lagi. Mungkin ini yang terakhir. Pada ada yang bertanya sebelum ini, betul ke BudakPEMALAS akan stop? Jawapannya ye. Akan aku terangkan satu satu. Untuk seketika, atau selamanya aku sendiri tak pasti Beberapa kekangan menyebabkan BudakPEMALAS harus stop menulis. Menulis semua benda. Padam semua nama. Stop semua nama. Pada nukilan yang telah dihasilkan. Simpan buat kenangan. Dan aku juga akan pandang semua sebagai satu kenangan. Kenangan yang sangat indah buat aku. Indah kerana segala rasa ada disitu. Semua cerita ada disitu. Pada lagu yang telah dikeluarkan, juga akan terus dimainkan. Oleh sesiapa sahaja, teruskan. Tidak akan aku minta untuk mereka stop kan semuanya. Tidak akan aku minta untuk menarik semuanya kembali. Macam aku cakap tadi, semua tu kenangan indah aku. Mendengar bait kata sendiri di nyanyikan membuatkan aku bahagia. Sebab ada cerita untuk semua benda. Pada individu yang terlibat, terima kasih untuk semua benda da...
Kadang Nyata Mata aku kabur Walhal Hanya pesanan mu ku akur Namun terjebak kehendak sementara. Macam pengecara tapi acara tak kena gaya Mungkin tidak mengenali,aku berkelahi Mungkin sering diadili, takut mendampingi
Assalammualaikum. Sekali lagi aku perlu hadap urusan dunia dengan sendiri. Sekali lagi aku diberi ujian besar. Sekali lagi aku terpaksa kuatkan hati aku sendiri. Sekali lagi. Terima kasih dtg, lalu pergi Terima kasih singgah, lalu berlalu Terima kasih beri kenangan, lalu meninggalkan. Terima kasih.

Selamat Berehat;

Assalammualaikum. Selamat berehat sahabat. Aku bakal rindu segala galanya. Aku bakal rasa segala galanya kembali. Aku bakal cuba untuk kuatkan diri semula. Aku akan cuba. Pertama. Aku terkedu. Kedua. Aku menyesal Ketiga. Aku tahu semua tak beri apa apa meaning pun. Kata orang. Kau orang yang baik baik Dan aku mengaku tu. Kau sangat baik. Takkan sikit aku lupa segala kebaikan yang dah kau beri. Takkan aku lupa semua benda yang dah berlaku. Berehatlah sahabat. Insha Allah doa aku ada untuk kau. Yang aku minta. Kau doakan aku untuk terus kuat menerima Semua ni. Sebab apa? Sebab kau antara orang penting yang ada Dalam diri aku. Selamat berehat, SAHABAT; Salam
Assalammualaikum Bermain dengan perasaan sendiri tu sangat sakit. Berhadapan dengan satu keadaan yang mengimbau kenangan itu juga sakit. Inikan pula, berada dan hidup dalam tempat yang penuh dengan kenangan. Lagi pahit, apa bila kenangan itu adalah sejarah hitam Satu kenangan yang tak patut pun dilihat, dikenang lagi Tak patut pun untuk aku berada disini. Tapi. Aku merasakan sesuatu bakal berlaku. Aku merasakan ianya bukan yang indah Aku tak pasti apa. Tapi firasat aku jrang silap. Semoga yg baik baik sahaja

Pergi.

Assalammualaikum. Satu step dah aku lakukan untuk terus membuat keputusan. Sakit. Memang sakit untuk membuat keputusan. Sakit lagi untuk aku stay disini lama2. Semoga aku kuat untuk terus membuat keputusan. Semoga keputusan aku ni betul. SemogĂ  Allah sentiasa bersama aku setelah aku membuat keputusan. Semoga Dia permudahkan semuanya. Aku harap sangat. Bukan mudah aku untuk decide semuanya. Tak mudah. Tika ni aku membuat decide juga setelah aku jatuh terduduk lagi sekali dan aku perlu segera Pergi dari sini. Kalau tidak. Jiwa aku makin melarat. Semoga baik2 sahaja untuk semua orang. Semoga aku terus kuat. Allah bersama aku, insya Allah.

Part of my family

Assalammualaikum. Seperti biasa. Menulis denga hati yang kosong. Tapi, ada sedikit sedih. Seperti biasa juga, Aku harus merasakan satu perasaan yg sering aku hadapi. Tapi, Tiap kali perasaan ni sampai, aku tetap tidak teguh. Hampir dua bula perkenalan. Bermacam2 benda diharungi. Bermacam2 kenangan bersama. Bermacam2 benda dikongsi, Dan bermacam2 perasaan yang datang Tapi akhirnya Aku perlu mengundur diri. Atau kata lain. Aku melupakan semuanya. Sejujurnya, 2 bulan kebelakangan ni memberi aku semangat yang kuat untuk harungi penyakit yang aku hadapi. Aku merasakan ada yang menyayangi. Aku merasakan, aku perlu berlawan untuk mereka. Aku rasakan aku kena teguh untuk mereka. Tapi Berakhir dah semuanya. Semua kenangan yang ada, aku perlu simpan erat2 dalam hati dan fikiran aku. Seperti biasa. Aku tak rela, sebab? Untuk aku lupakan dengan mudah orang yang pernah wujud dalam hidup aku tu, tak mungkin. Walau aku hanya kenal mereka untuk 2 bulan, Tapi 2 tahun bel...

Jodoh Orang

Kamu pacaran dengan ku Tapi nikah dengan dia Berjanji bertemu dipelaminan Nyatanya ku hanya jadi tamu undangan-- Dulu aku kau panggil sayang Sekarang ku hanya jadi mantan Berjanji untuk sehidup semati Nyatanya kamu hidup, aku yang mati Kau kirimkan undangan yang bertulis nama mu Tak habis fikirku kau trima lamaran dia Baru kini ku sedari ternyata slama ini yang ku sayang yang ku jaga ternyata jodohnya orang-- Maafkan aku sayang ku Ku tak bisa apa2 Kerana ini semua kehendak orang tua ku.

Singgah

Assalammualaikum. Lama sudah aku meninggalkan ruang ini Membiarkan mereka bertanya dan mencari, dimana Pit? Dimana Qid? Sudah lama aku tidak diberi masa untuk menulis. Hidup aku masih sama seperti sebelum ini, Seperti langit yang kadang cerah dan kadang gelap. Apa yang aku inginkan dan apa yang aku impikan tak semuanya mampu aku kecapi Kadang aku hanya membiarkan diri aku terus hanyut tanpa sebarang tindakkan. Seperti langit, yang hanya membiarkan hujan turun selebat lebatnya dan biar banjir taufan berlaku. Hakikat yang harus aku terima kini adalah redha. Redha atas segala benda yang sedang berlaku atau bakal berlaku. Dan aku harus selalu kena ingat, keajaiban Tuhan itu sentiasa ada. 3 kali aku diberi peluang. Dan kali ini, aku harus berlawan sehabisnya. 2 kali aku sendiri, dan kali ni, aku juga harus terus kuat sendiri. Kekuatan adalah apabila aku memikirkan perkara2 yang ingin aku lakukan setelah segala galanya selesai. Hanya itu. Firstly, Thankz untuk merek...

Follow the flow

Assalammualaikum. Lama bukan aku tk kesini? Menulis lagi dengan hati yang kosong. Yes. Kosong. Tak ada satu pun rasa yang tertingal di dalam hati ni. Apa yang aku inginkan pun aku masih tak pasti. Biarkan semuanya berlalu tanpa ikhlas. Biarkan semua nya berlalu tanda rasa redha. Ye. Aku salah. Tapi. Itu hakikatnya. Itu yang aku rasakan. Salah lagi ke? Entah lah aku sendiri tk pasti. Yang nyata aku sedang membiarkan semuanya berlalu Dan aku hanya mengikut masa. Sukar untuk aku luahkan semuanya Susah untuk aku nyata kan satu persatu. Tapi aku pasti Dia sangat memahami apa yang aku rasakan. Hanya Dia sahaja yang mengetahui dan memahami apa yang aku rasa Hanya Dia.. Semuanya aku akan padam. Dan aku akan buang jauh2 Semuanya. Macammana aku cuba berkeras untuk membuang mereka. Macam tu lah aku akan cuba sedaya upaya untuk membuang benda ni semua Aku akan cuba. YES! AKU AKAN CUBA. Semoga segala semuanya selepas ini akan baik bai...

Dugaan.

Jauh terbawa lukisan hatimu Hilang mencari dimana kah pergi Tinggal aku menahan luka ini Sampai harusku pergi Assalammualaikum Selamat Hari Ibu, Bonda. Tahu tak, Sejak hari tu adik terus menipu diri sendiri. Senyum. Gelak. Tak sedikit pun adik tunjuk rasa rindu, Rasa kosong dalam hati ni. Sampai satu hari, Ibu juga pergi. Pergi mengadap yang satu. Terdiam terus adik. Ibu pergi lepas semua org dtg untuk ambil adik. Ibu pergi lepas benda besar jadi antara Ayah dan Walid. Ibu pergi mengikut Bonda. Masa tu, adik tengok awok tu, dia tgk adik. Dua dua terkedu. Dua dua tersentak. Lepas satu satu dugaan datang pada kami. Lepas ni apa? Adik cuma harap kami semua dilindungi lepas ni Wok. Aku tahu apa kau rasa. Aku dah rasa dlu. Kita sama wok. Hilang org yang paling setia dgn kita. Tapi. Kita tak boleh buat apa. Bonda dengan Ibu tunggu doa dari kita. Dua tiga hari ni mood agak kelaut. Mungkin aku terlalu rindu macam2 benda. Tapi. Aku kena diam. Lagi lgi b...